pEnDaMba ciNtA iLaHi

hAti kAsiH pD y sAtU, DIA y mAhA pEnGaSih, kErna DIA aKu DsiNi, kErNa DIA aKu biSa mLiHat dUniA, alHaMduLilLah..

"Menyelak buku yang dihadiahkan oleh seseorang, "Wanita Solehah
– Kedudukan dan Personaliti Serta Ciri-cirinya" hati tersenyum
namun gusar di hati sukar untuk ditafsir. Mampukah diri ini bergelar
wanita solehah? Mampukah diri ini menjadi wasilah kepada sebuah
pembentukan usrah muslim untuk mentarbiyyahkan anak-anak dan keluarga
dengan berpandukan AlQuran dan assunnah? Benar, tanggungjawab itu
terlalu berat, maharnya terlalu mahal untuk meraih syurga di sana.

Dengan arus kehidupan globalisasi, mehnah seringkali menggoyah kekuatan
diri. Andai tiada sandaran yang ampuh, sudah pasti diri ini akan rebah
akur dengan kehendak duniawi.Hati seringkali menangis melihat muslimah
sekarang. Sekalipun kemajuan dan kemewahan terhampar namun ia membuatkan
kita semakin jauh daripada keberkatan dan rahmat kasih sayangNya. Kita
dilalaikan dengan ehwal duniawi, sedangkan janjiNya adalah pasti! Dunia
sudah tua benar! Ia hanya menanti masa tunggu dipulihkan dengan tiupan
sangkakala.

Tika dan saat itu, adakah kita dijanjikan untuk taubat yang akan
diterima? JanjiNya itu pasti! Mati juga pasti! Sesungguhnya kita tidak
pernah dijanjikan umur yang beratus tahun. Jadi, di manakah titik
persetujuan bahawa kita perlu menunggu usia emas untuk bertaubat dan
beribadah menutup lompang kejahilan di usia muda? Tiada perjanjian itu!

Ana, dan saudari semua takkan tahu bila ajal kita akan datang. Tahukah
kita, malaikat maut sentiasa menziarahi kita. Kunjungan hormat, walaupun
tiada terzahir oleh mata zahir namun hati mampu merasainya. Jika hari
ini adalah hari terakhir kita di dunia ini, sudah bersediakah kita untuk
mengadapNya? Berapa banyak amal yang telah tersedia sebagai bekalan
selamat di sana? Sudahkah kita tunaikan hak diri kita sepanjang usia
kita? Aurat, akhlak, amalan ibadah… bagaimanakah timbangan semuanya
itu? Cukupkah untuk kita berlalu pantas pada titian sirat? Ataupun kita
perlu merangkak, lantaran bekalan kita terlalu naif.

Saudariku tersayang, atas dasar kasih sayang ini, ana memohon
muhasabahlah diri. Tiada manusia yang akan sempurna, namun bukan satu
perkara yang salah untuk kita sentiasa berubah ke arah kesempurnaan.
Renung-renungkanlah . Adakah aurat kita terjaga? Pakaian kita adakah
seperti yang islam anjurkan? Akhlak kita adakah mengikut lunas syariat?
Siapakah turutan keutamaan dalam amalan kehidupan kita? Ketahuilah,
Islam adalah agama yang syumul dan ia takkan menyusahkan pengikutnya!
Ayuh, lapangkan hatimu. Lihatkan keindahan Islam yang tersedia buatmu
muslimah. Setiap perkara yang islam bahaskan adalah demi kebaikanmu.

Jadilah muslimah yang menjadikan Deen sebagai pakaiannya, jadikan malu
itu sebagai kehormatanmu. Janganlah cemarkannya. Ketahuilah jua, dirimu
dan diriku adalah wanita istimewa, nilaian wanita muslimah terlalu
mahal. Sanggupkah kita merendahkan mahar yang semahalnya itu dengan
akhlak yang buruk, dengan pakaian kita yang tidak menutup aurat, dengan
tindakan kita yang kurang sopan.

Islam ditegakkan atas darah syuhada, jangan cemarkan darah itu dengan
ketaksuban kita kepada kemajuan yang tiada keseimbangan rohaniyyah.
Seandainya di suatu malam, air mata kita menitis kerana kita insaf,
bergembiralah wahai temanku. Itulah khabaran gembira, Dia sudi
memberikan hidayahNya yang tidak pernah siapa menjangka.

Berubahlah ke arah kebaikan, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka
buatmu. Seandainya ada dosa-dosa lalu, Dia menjanjikan keampunan pada
mereka yang sentiasa bertaubat. Biarkan kemungkaran lalu menjadi mimpi
buruk buat kita, hiduplah dalam alam nyata, bahawa dirimu muslimah
terlalu indah untuk dipertontonkan di khalayak.

Diri ini akan menjadi insan paling gembira jika titipan mesra ini dibaca
oleh muslimah, lalu ia muhasabahkan dirinya. Berubahlah demi kebaikan,
kerana dirimu dan diriku jua berhak meraih syurga firdaus yang
dijanjikanNya!

Ameen..Bi Iznillah Ya Rabbana..

~Aishah_Yusro~

0 comments:

Post a Comment






Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Salam Taa'ruf!!




Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Senyum itu satu sedekah"

jom hafai 99 nama ALLAH..

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

tiMe iS g0Ld!!!!~

caLenDar..

sEdiKit mUtiaRa kAtA..

Powered By Blogger

BlogMalaysia.com

aL-QuRan pEgAnGaNkU..


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

aBouT mE..

My photo
nama dberi..nur syahirah bt mohamad..bley call me syahirah atau ara(usually kat umah la)..erm..seorg y banyak ckp..agak funny kowt..tp lately slalu brubah mood dsebabkan kekangan kerja as student taun akhir..n akhir kte smga enjoy mlayari blog nie..=)

rUanG sEmBaNg2..


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"

mY sELf

mY sELf

memOrY iN sMkAdG

memOrY iN sMkAdG
fRenZ 4eVe

mEmOrY iN kMk

mEmOrY iN kMk
kAnGaNnYeR aKu kAt KoRg sUmE

uMt

uMt

mY bELovEd fAmILy

mY bELovEd fAmILy

hALwA tELinGa..

f0LLoWeRs..


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Salam Ukhuwahfillah, Insya-Allah"


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

i LuV iSLaM

iluvislam