pEnDaMba ciNtA iLaHi

hAti kAsiH pD y sAtU, DIA y mAhA pEnGaSih, kErna DIA aKu DsiNi, kErNa DIA aKu biSa mLiHat dUniA, alHaMduLilLah..

Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama Allah.
Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran. Sahabatku... Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan membening seluruh perjalannan hidupmu. Duhai sahabat muslimahku...
Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.
Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan yang luar biasa. Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis.
Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu
Sahabat muslimahku..
Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapati mu.
Ukhti yang dikasihi..
Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan Ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan. Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri; Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa.
Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan. Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.
Serikandi muslimah sejati..
Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau bakal bertemu kedamaian. Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan.
Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah swt. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan Dia. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNya, Insya Allah.. Alkhirul kalam, ! ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan ar-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada Ilahi, Insya Allah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 comments:

Post a Comment






Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Salam Taa'ruf!!




Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Senyum itu satu sedekah"

jom hafai 99 nama ALLAH..

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

tiMe iS g0Ld!!!!~

caLenDar..

sEdiKit mUtiaRa kAtA..

Powered By Blogger

BlogMalaysia.com

aL-QuRan pEgAnGaNkU..


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

aBouT mE..

My photo
nama dberi..nur syahirah bt mohamad..bley call me syahirah atau ara(usually kat umah la)..erm..seorg y banyak ckp..agak funny kowt..tp lately slalu brubah mood dsebabkan kekangan kerja as student taun akhir..n akhir kte smga enjoy mlayari blog nie..=)

rUanG sEmBaNg2..


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"

mY sELf

mY sELf

memOrY iN sMkAdG

memOrY iN sMkAdG
fRenZ 4eVe

mEmOrY iN kMk

mEmOrY iN kMk
kAnGaNnYeR aKu kAt KoRg sUmE

uMt

uMt

mY bELovEd fAmILy

mY bELovEd fAmILy

hALwA tELinGa..

f0LLoWeRs..


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Salam Ukhuwahfillah, Insya-Allah"


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

i LuV iSLaM

iluvislam